1. NOTIS DAN GARIS PANDUAN PENDAFTARAN KELUAR KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II : 2024/2025
NOTIS DAN GARIS PANDUAN PENDAFTARAN KELUAR
KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
SESI II : 2024/2025
Untuk makluman, Unit Pengurusan Asrama telah menetapkan tarikh akhir pendaftaran keluar asrama adalah pada 30 Mei 2025 (Jumaat) sebelum jam 4.30 petang.
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN KELUAR ASRAMA
1. SEBELUM URUSAN PENDAFTARAN KELUAR
- Pelajar asrama dikehendaki mengisi Borang Semakan Kelengkapan Bilik Kolej Kediaman Sesi II : 2024/2025 (Borang Checkout) dan boleh didapati pada SPMP i-kamsis (Makluman/Berita Kamsis)
- Jika ada kerosakan di dalam bilik, pelajar WAJIB mengisi E-ADUAN UPS di laman web PKS dan mencetak emel maklum balas aduan tersebut (sila berbuat demikian segera sebelum check out).
- Pelajar hendaklah menutup suis lampu, kipas, tingkap dan mengunci pintu.
- Mengembalikan posisi perabot dalam keadaan asal, meninggalkan bilik dalam keadaan KOSONG dan KEMAS.
- Jika ada perabot rosak tetapi tiada dalam rekod E-Aduan UPS, kotor, berselerak dan tidak disusun dengan betul akan menyebabkan SPMP pelajar DISEKAT.
2. SEMASA URUSAN PENDAFTARAN KELUAR (KAUNTER)
- Pelajar asrama dikehendaki menghantar sendiri kunci bilik, Borang Semakan Kelengkapan Bilik Kolej Kediaman Sesi II: 2024/2025 (Borang Check-out) dan mencetak E-Aduan UPS (jika ada) ke kaunter pendaftaran keluar. Pelajar tidak boleh mewakilkan rakan sebilik/kawan untuk menghantar borang dan kunci.
- Jika kunci bilik dan Borang Check-out tidak diterima oleh pihak penyelia asrama selepas tarikh akhir pendaftaran keluar asrama (30 Mei 2025), keputusan peperiksaan pada SPMP pelajar akan DISEKAT.
- Pihak unit asrama tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barangan peribadi selepas anda menghantar kunci bilik ataupun selepas tarikh akhir pendaftaran keluar asrama.
3. TEMPAT LETAK KENDERAAN IBUBAPA/PENJAGA
- Kenderaan ibubapa / penjaga dihadkan masuk sehingga kawasan parking CISEC / Perpustakaan.
- Ibubapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN memasuki ke kawasan asrama dan bilik pelajar.
JADUAL PENDAFTARAN KELUAR ASRAMA (CHECK OUT) ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH / HARI
|
MASA
|
TEMPAT PENDAFTARAN KELUAR ASRAMA
|
CATATAN
|
Isnin – Khamis
|
8.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang
|
Pejabat Penyelia Asrama
|
Pejabat Penyelia Asrama tutup pada cuti umum, Sabtu dan Ahad
|
Jumaat
|
8.00 pagi – 11.45 pagi
2.15 petang – 4.30 petang
|
Sila patuhi semua Garis Panduan dan Jadual Pendaftaran Keluar Asrama yang telah ditetapkan untuk mengelak sebarang kesulitan.
Jika ada pertanyaan berhubung dengan perkara ini, boleh hubungi pihak Penyelia Asrama di talian 082-845596 di sambungan 102/421/103 pada waktu pejabat.
Kerjasama daripada pihak anda amatlah dihargai.
Sekian, harap maklum.
Ketua Unit Pengurusan Asrama
Politeknik Kuching Sarawak
09 Mei 2025
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN
Tarikh Ditulis : 09/05/2025
|
2. PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN DESA SERAPI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI I 2025/2026
PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN DESA SERAPI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI I 2025/2026
Politeknik Kuching Sarawak akan melaksanakan sesi PdP secara bersemuka pada sesi I 2025/2026 melibatkan semua pelajar. Sehubungan dengan itu, permohonan mendiami kolej kediaman dibuka secara online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP i-Kamsis) bermula 30 April 2025 hingga 16 Mei 2025.
Bagi pelajar yang berminat untuk menduduki Kolej Kediaman Desa Serapi untuk Sesi I 2025/2026, dikehendaki untuk mengisi dan mengemukakan borang permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut :
i. Borang Permohonan Kamsis Sesi I 2025/2026 (isi secara 'online' dan 'wajib' muat turun daripada SPMP i-Kamsis) ;
ii. Salinan Keputusan peperiksaan terkini pelajar senior Sesi II 2024/2025 kecuali pelajar semester 1 Sesi I 2025/2026;
iii. Kad Kegiatan Aktiviti Asal (fotostat tidak diterima);
iv. Dokumen Kesihatan Sendiri dan Keluarga seperti Surat Doktor (Sakit/OKU), Surat Cerai/Sijil Kematian Ibu/Bapa dan lain-lain (jika berkaitan).
Keputusan rasmi dikeluarkan pada 14 Julai 2025. Bagi pelajar yang tidak berjaya ditawarkan kolej kediaman pada sesi hadapan hendaklah mengemukakan permohonan rayuan secara surat rasmi melalui Ketua Jabatan masing-masing. Tarikh permohonan rayuan bermula 14 Julai 2025 sehingga 28 Julai 2025 dan keputusan permohonan rayuan dikeluarkan pada 29 Julai 2025.
Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke pejabat penyelia asrama pada waktu pejabat atau melalui pos ke alamat berikut :
Pejabat Penyelia Asrama Politeknik Kuching Sarawak, KM 22, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
Bagi pelajar yang tidak dapat mengakses / log in SPMP diminta untuk menghubungi penyelia asrama dengan kadar segera. Permohonan selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Penyelia Asrama di talian 082-845596/7/8 pada waktu pejabat (8.00pg hingga 1.00ptg / 2.00ptg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my
Sekian, harap maklum.
Ketua Unit Pengurus Asrama b.p PengarahPoliteknik Kuching Sarawak 2 May 2025
Ditulis Oleh : AQILAH BINTI MOHAMAD MUSA
Tarikh Ditulis : 02/05/2025
|
3. KEPUTUSAN RAYUAN KEDUA PELAJAR SENIOR MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2024/2025
KEPUTUSAN RAYUAN KEDUA PELAJAR SENIOR MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2024/2025
Semakan nama boleh dibuat bermula 21 Januari 2025 melalui portal http://spmp.poliku.edu.my/
Nota :
1. Notis dan Garis Panduan Pendaftaran akan dimaklum kemudian melalui portal/makluman di SPMP i-Kamsis
2. Pendaftaran asrama bagi pelajar yang berjaya dalam rayuan boleh bermula pada 21 hingga 26 Januari 2025 pada waktu pejabat. Kegagalan anda mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang pemakluman kepada pihak penyelia asrama dianggap menolak tawaran.
3. Bagi yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan dengan menulis surat rasmi . Permohonan rayuan hendaklah dimajukan kepada Ketua Jabatan masing-masing. Sila semak status keputusan rayuan anda dari semasa ke semasa dan keputusan rayuan hanya diumumkan melalui SPMP (i-Kamsis) sahaja.
Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa pihak Penyelia Asrama di talian 082-845596/7/8 pada waktu pejabat (8.00pg hingga 1.00ptg / 2.00ptg hingga 4.30ptg) sahaja.
Unit Pengurusan Asrama
Politeknik Kuching Sarawak
21 Januari 2025
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN Tarikh Ditulis :21 Januari 2025 Status Berita/Makluman : BUKA
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN Tarikh Ditulis : 21/01/2025 Status Berita/Makluman : BUKA
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN
Tarikh Ditulis : 21/01/2025
|
4. KEPUTUSAN TAWARAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2024/2025 (PELAJAR SENIOR)
- KEPUTUSAN TAWARAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2024/2025 (PELAJAR SENIOR)
Semakan nama boleh dibuat bermula 30 Disember (jam 5 petang) melalui portal http://spmp.poliku.edu.my/
Nota :
1. Notis dan Garis Panduan Pendaftaran akan dimaklum kemudian melalui portal/makluman di SPMP i-Kamsis
2. Semua Pelajar diminta untuk merujuk dokumen Panduan Lapor Diri Pelajar Senior Sesi II 2024/2025 di portal Politeknik Kuching Sarawak
3. Bagi yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan di dalam i-KAMSIS. Sila semak status keputusan rayuan anda dari semasa ke semasa dan keputusan rayuan hanya diumumkan melalui SPMP (i-Kamsis) sahaja.
4. Pelajar yang berjaya ditawarkan asrama diberi masa untuk memberi maklumbalas setuju terima tawaran selama satu minggu iaitu bermula dari tarikh 30 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025. Sekiranya tiada maklumbalas diberikan kepada pihak Unit Pengurusan Asrama selepas 5 Januari 2025, maka anda dianggap tidak berminat dengan tawaran tersebut dan tawaran tersebut akan automatik TERBATAL dengan segera.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak Penyelia Asrama di talian 082-845596/7/8 pada waktu pejabat (8.00pg hingga 1.00ptg / 2.00ptg hingga 4.30ptg) sahaja atau emelkan ke polikukamsis@gmail.com.
Unit Pengurusan Asrama
Politeknik Kuching Sarawak
30 Disember 2024
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN Tarikh Ditulis : 30/12/2024 Status Berita/Makluman : BUKA
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN Tarikh Ditulis : 30/12/2024 Status Berita/Makluman : BUKA
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN
Tarikh Ditulis : 30/12/2024
|
5. GARIS PANDUAN DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2024/2025 (PELAJAR BAHARU)
GARIS PANDUAN DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
SESI II 2024/2025
(PELAJAR BAHARU)
PELAJAR YANG AKAN MENDAFTAR DI ASRAMA, DIMINTA MEMATUHI ARAHAN SEPERTI DI BAWAH :
- Diminta pelajar yang ditawarkan asrama sahaja boleh mendaftar asrama.
- Yuran asrama RM60.00 telah dijelaskan melalui kaedah pembayaran JomPAY dan membawa fotostat resit bayaran semasa pendaftaran. Muat turun Borang Pendaftaran Kolej Kediaman di SPMP i-Kamsis (Makluman/Berita Kamsis) dan menyerahkan borang serta sekeping gambar berukuran pasport semasa pendaftaran asrama. (Rujuk senarai semak di i-Kamsis).
- Politeknik hanya menyediakan kemudahan asas di Kolej Kediaman seperti katil, tilam, almari, meja dan kerusi. Pelajar disaran untuk membawa barang keperluan diri secukupnya seperti BANTAL, CADAR, LANGSIR, dan lain-lain.
TARIKH DAN MASA PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
BIL
|
PERKARA
|
MASA PENDAFTARAN
|
TARIKH DAN TEMPAT PENDAFTARAN
|
1.
|
Sesi Pagi
- Jabatan Kejuruteraan Awam
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
|
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
|
5 Januari 2025 (Ahad)
Dewan Jubli Perak
Politeknik Kuching Sarawak
|
2.
|
Sesi Petang
- Jabatan Perdagangan
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
|
12.30 tengah hari
Hingga 4.00 petang
|
Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan pihak Penyelia Asrama di pejabat (8.00pg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my.
Sekian, harap maklum.
Penolong Pengurus Asrama
Politeknik Kuching Sarawak
30 Disember 2024
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN Tarikh Ditulis : 30 Disember 2024 Status Berita/Makluman :
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN
Tarikh Ditulis : 30/12/2024
|
6. GARIS PANDUAN DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2024/2025 (PELAJAR SENIOR)
GARIS PANDUAN DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
SESI II 2024/2025
(PELAJAR SENIOR)
PELAJAR YANG AKAN MENDAFTAR DI ASRAMA, DIMINTA MEMATUHI ARAHAN SEPERTI DI BAWAH :
- Diminta pelajar yang ditawarkan asrama sahaja boleh mendaftar asrama.
- Yuran asrama RM60.00 telah dijelaskan melalui kaedah pembayaran JomPAY dan membawa fotostat resit bayaran semasa pendaftaran. Muat turun Borang Pendaftaran Kolej Kediaman di SPMP i-Kamsis (Makluman/Berita Kamsis) dan menyerahkan borang serta sekeping gambar berukuran pasport semasa pendaftaran asrama. (Rujuk senarai semak di i-Kamsis).
- Politeknik hanya menyediakan kemudahan asas di Kolej Kediaman seperti katil, tilam, almari, meja dan kerusi. Pelajar disaran untuk membawa barang keperluan diri secukupnya seperti BANTAL, CADAR, LANGSIR, dan lain-lain.
TARIKH DAN MASA PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
BIL
|
PERKARA
|
MASA PENDAFTARAN
|
TARIKH DAN TEMPAT PENDAFTARAN
|
1.
|
Sesi Pagi
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
|
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
|
9 - 10 Januari 2025 ( Khamis & Jumaat)
Dewan Jubli Perak
Politeknik Kuching Sarawak
|
2.
|
Sesi Petang
- Jabatan Perdagangan
- Jabatan Kejuruteraan Awam
|
12.00 tengah hari
Hingga 4.00 petang
|
Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan pihak Penyelia Asrama di pejabat (8.00pg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my.
Sekian, harap maklum.
Penolong Pengurus Asrama
Politeknik Kuching Sarawak
30 Disember 2024
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN Tarikh Ditulis : 30 Disember 2024 Status Berita/Makluman :
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN
Tarikh Ditulis : 30/12/2024
|
7. PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN DESA SERAPI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2024/2025
PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN DESA SERAPI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2024/2025
Politeknik Kuching Sarawak akan melaksanakan sesi PdP secara bersemuka pada Sesi I 2024/2025 melibatkan semua pelajar. Sehubungan dengan itu, permohonan mendiami kolej kediaman secara online adalah bermula 21 Oktober 2024 sehingga 15 November 2024.
Bagi pelajar yang berminat untuk menduduki Kolej Kediaman Desa Serapi untuk Sesi II 2024/2025, dikehendaki untuk mengisi dan mengemukakan borang permohonan berserta dokumen sokongan seperti berikut :
- Borang Permohonan Kamsis Sesi II 2024/2024 (isi secara ‘online’ dan “WAJIB” muat turun daripada SPMP i-Kamsis);
- Salinan keputusan peperiksaan terkini pelajar senior Sesi II 2024/2025 kecuali pelajar semester 1 Sesi I 2024/2025;
- Kad Kegiatan Aktiviti Asal (fotostat tidak diterima)
Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke pejabat penyelia asrama pada waktu pejabat atau melalui pos ke alamat berikut;
Pejabat Penyelia Asrama Politeknik Kuching Sarawak, KM 22, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
Bagi pelajar yang tidak dapat mengakses / log in SPMP diminta untuk menghubungi penyelia asrama dengan kadar segera. Permohonan selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan.Pelajar dikehendaki untuk menghantar dokumen permohonan selewat-lewatnya 15 November 2024 pada jam 3 petang. Keputusan awal mendiami asrama akan diumumkan melalui laman web dan media sosial rasmi PKS pada 31 Disember 2024.
Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan pihak Penyelia Asrama di pejabat (8.00pg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my.
Sekian, harap maklum.
Penolong Pengurus Asrama b.p PengarahPoliteknik Kuching Sarawak 21 Oktober 2024
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN Tarikh Ditulis : 21/10/2024 Status Berita/Makluman : BUKA
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN
Tarikh Ditulis : 21/10/2024
|
8. GARIS PANDUAN DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI I 2024/2025 (PELAJAR SENIOR)
GARIS PANDUAN DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
SESI I 2024/2025
(PELAJAR SENIOR)
PELAJAR YANG AKAN MENDAFTAR DI ASRAMA, DIMINTA MEMATUHI ARAHAN SEPERTI DI BAWAH :
- Diminta pelajar yang ditawarkan asrama sahaja boleh mendaftar asrama.
- Yuran asrama RM60.00 telah dijelaskan melalui kaedah pembayaran JomPAY dan membawa fotostat resit bayaran semasa pendaftaran. Muat turun Borang Pendaftaran Kolej Kediaman di SPMP i-Kamsis (Makluman/Berita Kamsis) dan menyerahkan borang serta sekeping gambar berukuran pasport semasa pendaftaran asrama. (Rujuk senarai semak di i-Kamsis).
- Politeknik hanya menyediakan kemudahan asas di Kolej Kediaman seperti katil, tilam, almari, meja dan kerusi. Pelajar disaran untuk membawa barang keperluan diri secukupnya seperti BANTAL, CADAR, LANGSIR, dan lain-lain.
TARIKH DAN MASA PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
BIL
|
PERKARA
|
MASA PENDAFTARAN
|
TARIKH DAN TEMPAT PENDAFTARAN
|
1.
|
Sesi Pagi
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
|
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
|
04 Julai 2024 (Ahad)
Dewan Jubli Perak
Politeknik Kuching Sarawak
|
2.
|
Sesi Petang
- Jabatan Perdagangan
- Jabatan Kejuruteraan Awam
|
12.00 tengah hari
Hingga 4.00 petang
|
Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan pihak Penyelia Asrama di pejabat (8.00pg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my.
Sekian, harap maklum.
Penolong Pengurus Asrama
Politeknik Kuching Sarawak
19 Julai 2024
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN Tarikh Ditulis : 19 JULAI 2024 Status Berita/Makluman :
1. Klik Untuk Download Fail/Dokumen : BORANG PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PELAJAR SENIOR) (2).pdf
Ditulis Oleh : MARK PHILIP ENGKUJAT ANAK MICHAEL DEAN
Tarikh Ditulis : 19/07/2024
|
|