BERITA/MAKLUMAN KAMSIS
1. GARIS PANDUAN DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2023/2024 (PELAJAR SENIOR)

GARIS PANDUAN DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2023/2024

(PELAJAR SENIOR)

 

PELAJAR YANG AKAN MENDAFTAR DI ASRAMA, DIMINTA MEMATUHI ARAHAN SEPERTI DI BAWAH :

  • Diminta pelajar yang ditawarkan asrama sahaja boleh mendaftar asrama.
  • Yuran asrama RM60.00 telah dijelaskan melalui kaedah pembayaran JomPAY dan membawa fotostat resit bayaran semasa pendaftaran. Muat turun Borang Pendaftaran Kolej Kediaman di SPMP i-Kamsis (Makluman/Berita Kamsis) dan menyerahkan borang serta sekeping gambar berukuran pasport semasa pendaftaran asrama. (Rujuk senarai semak di i-Kamsis).
  • Politeknik hanya menyediakan kemudahan asas di Kolej Kediaman seperti katil, tilam, almari, meja dan kerusi. Pelajar disaran untuk membawa barang keperluan diri secukupnya seperti BANTAL, CADAR, LANGSIR, pelitup muka (face mask), pencuci tangan (hand sanitizer) dan lain-lain.

 

TARIKH DAN MASA PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

 

BIL

PERKARA

MASA PENDAFTARAN

TARIKH DAN TEMPAT PENDAFTARAN

1.

 

Sesi Pagi

  1. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  2. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  3. Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
  4. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  5. Jabatan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi

 

 

 

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

 

 

04 Februari 2024 (Ahad)

 

Dewan Jubli Perak

Politeknik Kuching Sarawak

2.

Sesi Petang

  1. Jabatap Perdagangan
  2. Jabatan Kejuruteraan Awam

 

 

12.00 tengah hari

Hingga 4.00 petang

 

Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan pihak Penyelia Asrama di pejabat (8.00pg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my.

 

Sekian, harap maklum.

Penolong Pengurus Asrama

Politeknik Kuching Sarawak

30 Januari 2024


1. Klik Untuk Download Fail/Dokumen : BORANG PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PELAJAR SENIOR).pdf
2. Klik Untuk Download Fail/Dokumen : Panduan-Lapor-Diri-Pelajar-Senior-Sesi-II-20232024 (1).pdf
3. Klik Untuk Download Fail/Dokumen : SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN PKS.pdf
Ditulis Oleh : SUSAN ANAK BELAYONG
Tarikh Ditulis : 30/01/2024
2. KEPUTUSAN TAWARAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2023/2024 (PELAJAR SENIOR)

KEPUTUSAN TAWARAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2023/2024 (PELAJAR SENIOR)

 

Semakan nama boleh dibuat bermula 19 Januari 2024 (selepas jam 5 petang) melalui portal SPMP (I-KAMSIS) http://spmp.poliku.edu.my/

 Nota :

  1. Pelajar dikehendaki klik butang ‘Terima’atau ‘Tolak’ tawaran mulai 25 Januari 2024 hingga 31 Januari 2024.
  2. Notis dan Garis Panduan Pendaftaran akan dimaklum kemudian melalui portal/makluman di SPMP i-Kamsis.
  3. Pelajar yang tidak berjaya, anda boleh klik rayuan di dalam i-Kamsis dan hantar surat rayuan melalui ketua jabatan masing-masing sebelum atau pada 13 Februari 2024.
  4. Sila semak status keputusan rayuan anda dari semasa ke semasa melalui SPMP i-Kamsis sahaja.

Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan pihak Penyelia Asrama di pejabat (8.00pg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my.

 

 Unit Pengurusan Asrama

Politeknik Kuching Sarawak

19 Januari 2024



Ditulis Oleh : SUSAN ANAK BELAYONG
Tarikh Ditulis : 19/01/2024