BERITA/MAKLUMAN KAMSIS
1. PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN DESA SERAPI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI I 2024/2025

PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN DESA SERAPI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI I 2024/2025

 

Politeknik Kuching Sarawak akan melaksanakan sesi PdP secara bersemuka pada Sesi I 2024/2025 melibatkan semua pelajar. Sehubungan dengan itu, permohonan mendiami kolej kediaman dibuka secara online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP i-Kamsis) bermula 24 April 2024 sehingga 15 Mei 2024.

 Bagi pelajar yang berminat untuk menduduki Kolej Kediaman Desa Serapi untuk Sesi I 2024/2025, dikehendaki untuk mengisi dan mengemukakan borang permohonan berserta dokumen sokongan seperti berikut :

  1. Borang Permohonan Kamsis Sesi I 2024/2024 (isi secara ‘online’ dan “WAJIB” muat turun daripada SPMP i-Kamsis);
  2. Salinan keputusan peperiksaan terkini pelajar senior Sesi I 2023/2024 kecuali pelajar semester 1 Sesi II 2023/2024;
  3. Kad Kegiatan Aktiviti Asal (fotostat tidak diterima)
  4. Dokumen Kesihatan Sendiri dan Keluarga seperti Surat Doktor (Sakit/OKU), Surat Cerai/Sijil Kematian Ibu/Bapa dan lain-lain (jika berkaitan);

Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke pejabat penyelia asrama pada waktu pejabat atau melalui pos ke alamat berikut;

                        Pejabat Penyelia Asrama
                        Politeknik Kuching Sarawak,
                        KM 22, Jalan Matang,
                        93050 Kuching, Sarawak. 
 

Bagi pelajar yang tidak dapat mengakses / log in SPMP diminta untuk menghubungi penyelia asrama dengan kadar segera. Permohonan selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan. Keputusan awal mendiami asrama akan diumumkan melalui laman web dan media sosial rasmi PKS pada 05 Julai 2024.

Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan pihak Penyelia Asrama di pejabat (8.00pg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Penolong Pengurus Asrama                                                                                     
b.p Pengarah
Politeknik Kuching Sarawak                                                          
24 April 2024

Ditulis Oleh : SUSAN ANAK BELAYONG
Tarikh Ditulis : 23/04/2024